Tuesday, November 27, 2012

Kemalangan maut


 SLIM RIVER - Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara lima maut dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori 12 tan di Kilometer 372.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, 7 pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah sebahagian daripada 11 penumpang terdiri daripada pemuzik dan penari dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Strex yang dalam perjalanan ke Muar, Johor untuk membuat persembahan di sana. 
Mangsa yang maut akibat kecederaan parah di dada dan kepada adalah Poh Hock Huat, 61, dari Transkrian, Nibong Tebal, Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphne Eng Yuik Yee, 14, Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak, Juvien Chim Yu Xuan, 12 serta  Hong Choon Pee, 33, dari Prai, Pulau Pinang.  Maklumat lanjut klik disini
Sumber:  http://www.sinarharian.com.my/

Wednesday, November 21, 2012

Empat perkerja Propel maut

GOPENG - Empat pekerja Propel maut manakala enam lagi termasuk pemandu dan kelindan treler cedera dalam kemalangan di Kilometer 294 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara, awal pagi tadi.
Kenderaan terlibat dalam kemalangan


Dalam kejadian 4.30 pagi itu, lori dari arah Kuala Lumpur merempuh lapan pekerja Propel yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya.
Kenderaan terlibat dalam kemalangan



Kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.

Dalam pada itu, Bernama memetik Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata, kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

Ihsan: www:sinarharian.com.my
Jemput singgah Disini

Laporan Terkini - Krisis di Gaza



Krisis perang di Gaza. Tindakan diluar batasan kemanusiaan. Menang jadi arang kalah jadi abu.

PEMUDAH News